Dengan menyertai PipsbackFX Global Ltd., Pelanggan dengan sendirinya telah bersetuju dengan Term of Service (ToS) kami, dan mempunyai hak-hak seperti yang dinyatakan di bawah:

  1. PipsbackFX menyediakan rebate kepada pelanggan tanpa mengubah keadaan perdagangan dari broker rakan kongsi kami, tanpa markup spread/ komisen pada transaksi dagangan anda.
  2. Rebate dikira berdasarkan peratusan komisen yang diterima oleh PipsbackFX, baik berupa peratusan spread, komisen trading maupun jumlah USD perlot yang diterima oleh PipsbackFX, peratusan rebate boleh berbeza-beza untuk setiap broker.
  3. Pengiraan rebate secara automatik dilakukan oleh sistem kami secara langsung dari kabinet broker kongsi kami tanpa manupulasi dari staf atau admin kami.
  4. PipsbackFX berhak untuk tidak membayar rebate jika broker membatalkan komisen yang harus diterima oleh kami, atau broker telah muflis.
  5. Laporan rebate dan pembayaran rebat mungkin tertunda sekiranya dalam keadaan yang tidak normal, seperti masalah dalam sistem pembayaran atau kawasan ahli dalam penyelenggaraan atau pembangunan dan keadaan tertentu lainnya.
  6. PipsbackFX tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan penghantaran rebate yang disebabkan oleh ralat masukan nombor akaun sistem pembayaran oleh pelanggan
  7. Pelanggan mempunyai hak untuk menarik rebate baik secara separa atau sepenuhnya berdasarkan baki rebat.
  8. Sekiranya sistem pembayaran klien mengalami masalah atau disekat, klien mempunyai hak untuk menukar sistem pembayaran.
  9. Bayaran rebate tidak dikenakan kos oleh PipsbackFX, tetapi mungkin ada kos dari sistem pembayaran yang dipilih oleh pelanggan.
  10. Penarikan rebate akan diproses dalam masa 30 minit dan maksimum 3 hari bekerja jika berada dalam keadaan normal dan bukan kejadian yang disebutkan di butir 5 di atas.
  11. Pelanggan mempunyai hak untuk memilih sistem pembayaran mengikut yang disediakan oleh PipsbackFX.
  12. Aduan mengenai isu pembayaran rebate hanya akan disampaikan selepas batas butir 9  yang disebutkan di atas.
  13. Pelanggan PipsbackFX tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti trading yang melanggar peraturan dari broker rakan kongsi kami, dalam hal tersebut PipsbackFX berhak untuk mebatalkan rebate dan mengeluarkan akaun trading pelanggan tersebut daripada kumpulan kami.
  14. PipsbackFX mempunyai hak untuk menghalang pengguna daripada melog masuk ke kawasan ahli MyPBFXjika pengguna melakukan ancaman, mengatakan kasar kepada sokongan atau admin kami. Sebelum menyekat semua hak pelanggan iaitu rebate akan dibayar dan akaun dagangan pelanggan akan dikeluarkan dari kumpulan PipsbackFX.
  15. Setiap akaun dagangan disahkan (ditambah) ke kawasan ahli MyPBFX. Kelewatan pengesahan akaun di kawasan ahli MyPBFXmengakibatkan sebahagian rebate anda akan hangus, history rebate untuk akaun yang terlambat di sahkan (ditambah) di kawasan ahli hanya akan muncul satu minggu (7 hari) kebelakang sejak akaun disahkan.
  16. Term of Service ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.